Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
Fasilitasi Perdagangan Penerimaan Serantau & Antarabangsa
  • Malaysia, menerusi Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah diterima sebagai penandatangan kepada pelbagai kerjasama serantau dan antarabangsa. Di peringkat serantau, JSM adalah penandatangan kepada Asia Pacific Accreditation Cooperation Mutual Recognition Arrangement (APAC MRA). Bagi peringkat antarabangsa pula, JSM adalah penandatangan kepada International Laboratory Accreditation Cooperation Mutual Recognition Arrangement (ILAC MRA), International Accreditation Forum Multilateral Recognition Arrangement (IAF MLA) dan Full Adherent to OECD Mutual Acceptance Data (MAD) dalam penilaian keselamatan bahan berasaskan kimia.

    IAF
    IAF
    IAF
    IAF
    • IAF MLA
      Bil. Kerjasama Tarikh
      1 Sistem Pengurusan Kualiti 29 September 1999
      2 Sistem Pengurusan Alam Sekitar 9 Februari 2006
      3 Produk kecuali GlobalGAP 9 Julai 2009
      4 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat 13 Julai 2017
      5 Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan 13 Julai 2017
      6 Sistem Pengurusan Peranti Perubatan 21 Jun 2019
      7 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 20 Mei 2020
      8 Pensijilan Individu ISO/IEC 17024 12 Oktober 2021
    • ILAC MRA
      Bil. Kerjasama Tarikh
      1 Pengujian ISO/IEC 17025 16 Januari 2003
      2 Pengujian Perubatan ISO 15189 16 Januari 2003
      3 Penentukuran ISO/IEC 17025 19 November 2003
      4 Pemeriksaan ISO/IEC 17020 02 Julai 2015
      5 Penyedia Pengujian Kecekapan ISO/IEC 17043 20 September 2021
    • APAC MRA
      Bil. Kerjasama Tarikh
      1 Sistem Pengurusan Kualiti 5 November 1998
      2 Penentukuran ISO/IEC 17025 13 November 2002
      3 Pengujian ISO/IEC 17025 14 November 2002
      4 Sistem Pengurusan Alam Sekitar 31 Disember 2005
      5 Pengujian Perubatan ISO 15189 18 April 2007
      6 Produk kecuali GlobalGAP 16 Jun 2009
      7 Pemeriksaan ISO/IEC 17020 17 Jun 2015
      8 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat 21 Jun 2017
      9 Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan 21 Jun 2017
      10 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 21 Februari 2019
      11 Sistem Pengurusan Peranti Perubatan 25 Mac 2019
      12 Pensijilan Individu ISO/IEC 17024 21 Ogos 2021
      13 Penyedia Pengujian Kecekapan ISO/IEC 17043 21 Ogos 2021
    • OECD
      Bil. Kerjasama Tarikh
      1 Full Adherent kepada Mutual Acceptance Data (MAD) dalam penilaian bahan berasaskan kimia 29 Mac 2013
    • ASEAN MRA

      MRA ASEAN Sektoral diwujudkan dengan tujuan supaya negara anggota mengiktiraf atau menerima keputusan prosedur penilaian pematuhan yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan dalam MRA sektor masing-masing. Dalam konteks ASEAN, MRA dimuktamadkan di peringkat Kerajaan dengan Kerajaan. Pada masa ini, 5 MRA telah ditandatangani di bawah bidang kuasa ASEAN Consultative Committee for Standards and Quality (ACCSQ).

      • ASEAN Sectoral MRA for Electrical and Electronic Equipment (2002)
      • ASEAN Sectoral MRA for GMP Inspection of Manufacturers for Medicinal Products (2009)
      • ASEAN MRA on Bio-Equivalence (BE) Study Report (2017)
      • MRA on Inspection and Certification System on Food Hygiene for Prepared Foodstuff (2018)
      • MRA on Type Approval for Automotive Products (202I)

      Pengharmonian Rejim Kawal Selia diadakan bagi menangani halangan perdagangan yang timbul daripada perbezaan amalan standard dan keperluan penilaian pematuhan serta perbezaan yang wujud dalam prosedur kawal selia. Oleh itu, pengharmonian rejim kawal selia merupakan instrumen yang sesuai bagi integrasi pasaran yang lebih komprehensif dan mendalam.

      Tiga rejim kawal selia telah diharmonisasikan oleh Kumpulan Kerja Produk di bawah ACCSQ iaitu:

      • Agreement on the ASEAN Harmonised Cosmetic Regulatory Scheme, Schedule B: ASEAN Cosmetic Directive (ACD) (2003)
      • Agreement on the ASEAN Harmonized Electrical and Electronic Equipment (EEE) Regulatory Regime (AHEEERR) (2005)
      • ASEAN Agreement on Medical Device Directive (AMDD) (2014)
    • MRA Khusus
      APEC-TEL MRA / US FCC untuk Pengujian EMC (2017) US EPA Ujian Kimia (Formaldehid) (2019)
      US FCC mengiktiraf laporan ujian EMC yang dikeluarkan oleh makmal diakredit dibawah SAMM US EPA mengiktiraf laporan ujian yang dikeluarkan oleh makmal dikaredit dibawah SAMM (bagi ujian formaldehid)
Aras 4-7, Menara 2
Menara Cyber Axis
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor, MALAYSIA

Tel : +603-8008 2900
Faks : +603-8008 2901
E-mel : central[at]jsm[dot]gov[dot]my

Hari Ini 947

Semalam 810

Minggu Ini 947

Bulan Ini 11940

Jumlah 496845

Kami Menggunakan Kuki
Laman web ini mengunakan kuki. Sebahagian adalah penting bagi membolehkan laman ini beroperasi, manakala yang lain membantu dalam menambah baik laman dan pengalaman pengguna (kuki penjejakan). Anda boleh memutuskan sama ada anda mahu membenarkan kuki atau tidak. Sila ambil perhatian, bahawa menutup kuki mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu di laman web. Ini juga bermakna bahawa beberapa ciri pada laman web ini tidak akan berfungsi jika anda tidak membenarkan kuki.