-
YB SENATOR TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri
YB LIEW CHIN TONG
Timbalan Menteri
YBHG ENCIK HAIRIL YAHRI YAACOB
Ketua Setiausaha -
Agensi Jabatan Standard Malaysia (JSM)
Jabatan Standard Malaysia (JSM) adalah Badan Standard dan Akreditasi Kebangsaan yang bertanggungjawab membangun dan mempromosikan Malaysian Standards (MS); serta memberi perkhidmatan akreditasi kepada badan penilaian pematuhan seperti makmal pengujian, badan pensijilan dan badan pemeriksa.Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berperanan menggalak dan menyelaras pembangunan perindustrian dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia.Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah agensi promosi eksport negara untuk menempatkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif.Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berperanana untuk membangunkan modal insan dan kecemerlangan organisasi bagi membentuk masyarakat berasaskan pengetahuan menerusi latihan, pembangunan sistem dan amalan terbaik serta memupuk budaya kreatif dan inovatif bagi Produktiviti dan Daya Saing.Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)
Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) berperanan memudahcara dan memfasilitasi sektor perkilangan dengan menyediakan pinjaman jangka sederhana dan panjang untuk perusahaan kecil dan sederhana.Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii)
MARii adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memacu perkembangan sistem pintar strategik beroperasi melalui pemanusiaan dan penggunaan platform pintar, aplikasi dan teknologi digital seperti Big Data Analytics dan Artificial Intelligence. Fokus juga diberikan kepada peningkatan teknologi, modal insan, rantaian bekalan, jangkauan pasaran dan kemampuan selepas jualan dalam industri automotif dan ekosistem mobiliti terhubung.Malaysia Steel Institute (MSI)
Malaysia Steel Institute (MSI) berperanan mewujudkan persekitaran kondusif bagi merancakkan daya saing industri besi dan keluli Malaysia.SIRIM Berhad
SIRIM Berhad adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.Exim Bank
Export-Import Bank of Malaysia Berhad adalah sebuah Institusi Kewangan Pembangunan yang memudahkan perniagaan secara global dengan menyediakan produk dan perkhidmatan Perbankan Islam dan Takaful Kredit.InvestKL
Perbadanan InvestKL (InvestKL) berperanan menarik syarikat multinasional global untuk menubuhkan ibu pejabat dan hab serantau di Greater Kuala Lumpur untuk berkembang secara strategik di rantau Asia.Halal Development Corporation
Sebagai kustodian ekonomi halal Malaysia, Halal Development Corporation adalah peneraju utama kepada pembangunan ekosistem dan infrastruktur halal yang bersepadu dan komprehensif bagi meletakkan Malaysia ke arah negara yang paling berdaya saing menerajui industri halal global.Majlis Rekabentuk Malaysia
Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan matlamat mewujudkan masa depan inovasi rekabentuk di Malaysia. MRM bertindak sebagai peneraju aktiviti rekabentuk dalam negara bagi merangsang kemahiran, kepakaran dan seterusnya meningkatkan standard industri rekabentuk negara.SIRIM Berhad dilantik sebagai urusetia MRM. MRM adalah badan pemikir dan penasihat bagi membangunkan budaya inovasi rekabentuk di kalangan industry-industri Malaysia serta memastikan standard Malaysia adalah setaraf dengan standard antarabangsa.Majlis Pengukuran Kebangsaan (MPK)(NMIM - Secretariat of MPK)
Penubuhan Majlis Pengukuran Kebangsaan (MPK) dan fungsinya dinyatakan dalam Bahagian IV Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 (Akta 675). Fungsi utama MPK adalah sebagai penasihat mengenai segala perkara berkaitan objektif dasar negara bagi aktiviti sistem pengukuran. MPK juga bertanggungjawab untuk mengemukakan cadangan untuk meningkatkan keyakinan antarabangsa dalam aktiviti pengukuran di Malaysia; menyokong kewajipan antarabangsa Malaysia berhubung pengukuran; memudahkan dasar Kerajaan dalam perdagangan negara dan antarabangsa, berkhidmat untuk kepentingan awam dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar; membolehkan penyelidikan dan pembangunan saintifik dilaksana serta memudahkan pembangunan ekonomi Malaysia.