Apakah Platform ePing?
ePing ialah aplikasi dalam talian yang membolehkan pihak berkepentingan awam dan swasta mengakses dan menjejaki notifikasi SPS/TBT yang mempengaruhi produk dan pasaran tepat pada masanya. Sebagai pengguna, anda boleh, antara lain:
- Semak notifikasi tentang peraturan baharu dan yang dikemas kini bagi produk dalam pasaran eksport.
- Mendapatkan maklumat tentang isu-isu perdagangan yang dibincangkan dalam jawatankuasa WTO SPS dan TBT.
- Mencari maklumat mengenai Enquiry Point dan Notification Point.
- Daftar untuk menerima makluman e-mel dan untuk mengikuti notifikasi tentang produk dan/atau pasaran yang berkenaan.
- Berhubung dengan rakan sejawat di peringkat nasional dan antarabangsa
Untuk maklumat lanjut tentang platform, sila layari https://epingalert.org/
Bagi industri dan usahawan Malaysia, jika anda mengalami kesukaran mengeksport produk anda disebabkan oleh standard, peraturan teknikal dan/atau prosedur penilaian pematuhan di mana-mana negara luar, sila hubungi sfp[at]jsm[dot]gov[dot]my untuk kami lihat isu-isu dan bantu memudahkan dengan cara yang terbaik.