1 |
Kimia |
Ujian Kimia dan analisis ke atas produk dan bahan. |
2 |
Biologi |
Biologi, mikrobiologi dan bioperubatan, ujian dan ukuran, termasuk pemeriksaan makanan, dadah dan farmaseutikal. |
3 |
Elektrik |
Ujian elektrik merangkumi ujian pada asasnya elektrik termasuk frekuensi radio (RF) dan keserasian elektromagnetik (EMC) yang dilakukan pada bahan, komponen, peranti, perkakas dan peralatan. |
4 |
Thermal (Haba) |
Termasuk ciri-ciri thermal bahan binaan, ujian kebakaran seperti ujian penilaian ketahanan api, kebolehcucuhan, kemudahbakaran, dan lain-lain, produk dan bahan-bahan. |
5 |
Mekanikal |
Ujian mekanikal dan fizikal bagi bahan dan produk yang merangkumi ujian metalurgi untuk menentukan analisis elemen dan struktur mikro. |
6 |
Ujian Tanpa Musnah (NDT) |
Pemeriksaan bahan, komponen, dan pemasangan untuk mengesan kecacatan tanpa merosakkan bahan, komponen atau pemasangan. Ujian termasuk radiografi, ultrasonic, penusuk, zarah magnetik dan arus pusar. |
7 |
Ujian Radioaktif |
Pemeriksaan bahan, komponen dan pemasangan untuk mengesan ketakselanjaran tanpa merosakkan bahan, komponen atau pemasangan. Ujian termasuk radiografi, ultrasonik, penembus, zarah magnet dan arus pusar. |
8 |
Racun Perosak Isi Rumah |
Termasuk ujian berdasarkan kepada skop berikut; ubat nyamuk berbentuk pelapik dan cacair pengewapan elektrik, semburan aerosol ruang, semburan aerosol sisa, semburan aerosol terus, ubat nyamuk berbentuk lingkaran, umpan lipas, penghalau nyamuk pada kulit , umpan tikus rumah, ubat nyamuk kertas tanpa asap, ubat nyamuk berbentuk gel dan lain-lain produk berkaitan. |
9 |
Ketoksikan |
Ujian bagi produk kimia, produk perkilangan, produk kosmetik dan penjagaan kulit, alat-alat perubatan dan juga sampel bahan buangan dan alam sekitar. |
10 |
Keserasian Elekromagnetik (EMC) |
Ujian bagi keserasian elektromagnetik (EMC) termasuk ujian gangguan elektromagnet dan ujian imuniti. |
11 |
Veterinar |
Termasuk ujian ke atas skop berikut; patologi, patologi klinikal, bakteriologi dan mikologi, virologi, parasitologi, toksikologi, analisis makanan haiwan, analisis kualiti air, biologi. |
12 |
Organisma Yang Dimodifikasi Secara Genetik (GMO) |
Analisis untuk pengesanan dan pengiraan jumlah GMO merangkumi kedua-dua DNA dan kaedah berasaskan protin. |
13 |
Asid Nukleik |
Keperluan untuk akreditasi makmal yang terlibat dalam ujian asid nukleik bagi pelbagai sampel yang menyediakan perkhidmatan untuk bidang-bidang tertentu berkaitan biologi molekular dan / atau analisis genetik. |
14 |
Profil DNA untuk Sains Forensik |
Terdiri daripada Profil DNA untuk profil DNA forensik dan ujian pengesahan bapa menggunakan kaedah DNA. |
15 |
Analisis Accelerent Serpihan Kebakaran Untuk Sains Forensik |
Termasuk ujian accelerant api dalam serpihan kebakaran makmal-makmal ujian sains forensik. |
16 |
Pemeriksaan Dokumen untuk Sains Forensik |
Keperluan akreditasi untuk pemeriksaan dokumen yang dipersoalkan untuk makmal ujian sains forensik. |
17 |
Penilaian dan Ujian Keselamatan Teknologi Maklumat: Kriteria Umum |
Keperluan mengenai fungsi dan jaminan produk dan sistem ICT, yang menyediakan asas umum untuk penilaian keselamatan. |
18 |
Ujian Perisian |
Keperluan untuk akreditasi ujian perisian. |