- Butiran
Jawatan
Pegawai CFS Gred Setara 41
Jabatan/Kementerian
Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Taraf Jawatan
Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan
Pengurusan dan Profesional
Gaji
RM 2,550.00 (Tanpa Caruman KWSP)
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki Ijazah sarjana muda daripada institusi pengajian tinggi yang diikitiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (minimum CGPA 3.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
- Berkebolehan menggunakan aplikasi MS Word, MS Excel dan MS Powerpoint;
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lancar;
- Berupaya bekerja di bawah pengawasan yang minimal;
- Mempunyai tahap kesihatan yang optimum
Deskripsi Tugas
- Membangunkan draf dokumen Malaysian Standard (MS) dan menyelenggara MS yang dibangunkan;
- Menjalankan kerja-kerja sekretariat bagi jawatankuasa pembangunan standard (SDC) yang dipertanggungjawabkan;
- Menyelaras penglibatan pakar di peringkat antarabangsa SMIIC/ISO/IEC;
- Memberikan undian/ ulasan/ komen terhadap draf standard antarabangsa SMIIC/ISO/IEC berdasarkan input daripada ahli jawatankuasa yang berkaitan;
- Menguruskan penganjuran bengkel pembangunan draf MS; dan
- Menguruskan penganjuran Seminar/ Program promosi berkaitan standard
Lokasi
Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia),
Level 4, 5, 6 & 7, Tower 2, Menara Cyber Axis,
Jalan Impact, Cyber 6,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
Tatacara Permohonan
Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen seperti berikut ke central[at]jsm[dot]gov[dot]my:
- Borang Permohonan Pegawai Kontrak;
- Salinan Kad Pengenalan; dan
- Sekeping gambar berukuran passport (gambar terkini)