Jawatan
Personel MySTEP bagi Jenis Tugas Setaraf Dengan:
- SPM
- Diploma/STPM
- Ijazah Sarjana Muda
Syarat Kelayakan MySTEP
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kadar Upah
Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Kadar Sektor Awam (RM) |
---|---|
Setaraf Ijazah Sarjana Muda | 2,100 |
Setaraf Diploma/STPM | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,700 |
Kriteria Umum
- Kelayakan Akademik minimum - SPM atau Diploma/STPM
- Penguasaan yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
- Kemahiran ICT dan MS Office;
- Kemahiran menulis;
- Tinggal di sekitar Cyberjaya/Putrajaya/Dengkil/Sepang/Seri Kembangan/Puchong (diberi keutamaan); dan
- Tahap kesihatan yang optimum
Kriteria Khusus
- Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Teknologi Maklumat atau Sains Komputer atau yang berkaitan;
- Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pentadbiran/Pengurusan/Perakaunan/ Kewangan dan sebagainya.
Kemudahan
Jenis Kemudahan | Sektor Awam |
---|---|
Cuti Rehat | 12 hari setahun |
Cuti Sakit | 14 hari setahun |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP dan PERKESO |
TATACARA PERMOHONAN
Sekiranya berminat, sila e-melkan resume yang lengkap berserta gambar dan sijil akademik dan transkrip kepada:
“Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi”