Di Malaysia, pendidikan mengenai standard diterajui oleh Jabatan Standard Malaysia sebagai salah satu cara untuk meningkatkan penggunaan standard. Sasarannya adalah kepada generasi muda bertujuan untuk melengkapkan generasi masa depan/pemimpin dengan pengetahuan tentang standard dan pematuhan bagi memastikan pembangunan produk dan perkhidmatan yang berkualiti serta menggalakkan pembudayaan kualiti. Tiga kategori kumpulan sasaran utama ialah pelajar sekolah, pelajar kolej/universiti dan profesional muda.
![education about standard](/images/standards-education/photo/standards-educationbm.png)
Kerangka Pendidikan Mengenai Standard | ||
---|---|---|
Kumpulan Sasaran | Jangkaan Hasil | Pelaksanaan |
Pelajar Sekolah | Meningkatkan kesedaran tentang standardisasi dalam kehidupan seharian melalui pengalaman berkaitan standard | Pendekatan pendidikan tidak formal: program outreach, kem mula, pertandingan dalam talian seperti kuiz, poster infografik, video pendek |
Pelajar Kolej/ Universiti | Memahami bagaimana hubungan standardisasi dengan disiplin akademik mereka; sebagai persediaan untuk aplikasikan ilmu sebagai pekerja | Kursus berkaitan standardisasi di kolej/universiti; kursus jangka pendek, bengkel |
Professional Muda | Mengambil bahagian dan menyumbang dalam aktiviti standardisasi dan penilaian pematuhan | Program Professional Muda |
Program yang telah dijalankan | |
---|---|
![]() |
Program Outreach, Seminar / Simposium Kesedaran |
![]() |
Pertandingan Esei |
![]() |
Olimpik Standard Kebangsaan |
![]() |
Olimpik Standard Antarabangsa |
![]() |
Train of Trainers (TOT) |
![]() |
Young Professionals Programme
|
![]() |
Penglibatan dengan Universiti
|