-
JSM Anti Corruption Policy
DASAR ANTIRASUAH JABATAN STANDARD MALAYSIA
Jabatan Standard Malaysia komited dalam melaksanakan semua dasar dan prosedur bagi mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang bentuk rasuah kepada semua warga kerja Jabatan dan perhubungannya dengan pihak- pihak berkepentingan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti selaras dengan visi, misi dan nilai organisasi seperti berikut:
- Mematuhi peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694J dan lain-lain Akta, peraturan, dasar dan prosedur yang telah ditetapkan;
- Pihak Pengurusan Tertinggi komited untuk melaksanakan kawalan dan penambahbaikan secara strategik dan berterusan melalui Sistem Pengurusan Antirasuah;
- Menyediakan saluran komunikasi yang bersesuaian dan menggalakkan pelaporan mengenai aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada rasuah menerusi Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat;
- Melaksanakan tadbir urus yang berintegriti untuk tidak memberi dan menerima sebarang hadiah yang bertentangan dengan Dasar Pemberian dan Penerimaan Hadiah;
- Unit Integriti bertanggungjawab memantau pematuhan dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Antirasuah secara sistematik, menyeluruh dan melaporkannya kepada pihak Pengurusan Tertinggi; dan
- Pelanggaran kepada Dasar Antirasuah Jabatan Standard Malaysia ini membolehkan tindakan undang-undang dan atau tatatertib dikenakan kepada pelaku.
- JSM Giving and Receiving of Gifts Policy
- JSM Witness Policy (Whistleblower)
- Prosedur Pengurusan dan Siasatan Aduan/ Maklumat
- Prosedur Implementasi Kawalan Antirasuah ke atas Organisasi Berkaitan
- Prosedur Kawalan Kewangan dan Kawalan Bukan Kewangan