Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  
  
 

Mulai Tahun Taksiran 2025, Program Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) secara rasmi layak mendapat insentif potongan cukai di bawah Garis Panduan LHDNM terbaharu.

Apa manfaatnya untuk syarikat anda?

• Potongan Cukai Sekali (Single Deduction): Perbelanjaan mendapatkan akreditasi sebagai Badan Pensijilan daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM) bagi skop ABMS.
• Potongan Cukai Dua Kali (Double Deduction): Perbelanjaan bagi memperoleh pensijilan Standard MS ISO 37001 - ABMS daripada Badan Pensijilan yang diakredit oleh JSM.
• Contoh Penjimatan: Jika yuran permohonan pensijilan berjumlah RM20,000, syarikat anda layak menuntut potongan cukai dua kali ganda sebanyak RM40,000.

Syarat & Kelayakan:

• Sijil perakuan mestilah dikeluarkan oleh Badan Pensijilan yang diakredit oleh JSM di bawah Skim Akreditasi Badan Pensijilan (ACB).
• Tuntutan hanya boleh dibuat pada tahun taksiran sijil perakuan tersebut dikeluarkan.
• Yuran yang layak: Yuran permohonan, yuran tahunan pertama, dan yuran taksiran/audit.

Ingat! Perbelanjaan bagi konsultasi, latihan pekerja, penginapan, dan makan minum semasa proses mendapatkan sijil adalah TIDAK LAYAK untuk potongan ini.

Pastikan syarikat anda bersedia dengan sistem pengurusan yang telus dan berintegriti sambil menikmati manfaat cukai yang disediakan.

#MalaysiaMADANI
#AdaStandardUntung
#JabatanStandardMalaysia

We use cookies

We use cookies on our website. Some of them are essential for the operation of the site, while others help us to improve this site and the user experience (tracking cookies). You can decide for yourself whether you want to allow cookies or not. Please note that if you reject them, you may not be able to use all the functionalities of the site.